//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to Lalalalaland . Be nice here or i kill you ! :D


Mood : In Love With Food
Ask me babe :D

 Panda
Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Me xxx
Others:   



Bangkit

               Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa kalau jawab salam tandanya sayang. Eh? hahahahaha. Kita ni manusia. Manusia ni kita. Kita dan manusia. Tak boleh lari lagi daripada definisi sebegitu. Hidup kita umpama roda. Harini kita di atas, esok belum tentu lagi kita masih diatas. Eh jangan tunggu esok. Pagi di atas, petang tu haa tengok dibawah.

                Pernah satu masa aku jatuh. Jatuh sejatuhnya. Sehingga aku rasa tidak mampu bangun kembali. Depression? Aku juga mengalaminya. Tahap yang masih boleh dikawal. Pada masa itu, aku ingin tunggu tangan siapa yang akan hulur jika aku jatuh. Tangan siapa yang akan bantu saat aku mulai jatuh. Namun, sampai bila kita hanya mampu berharap bahawa akan ada tangan yang akan dihulurkan kepada kita. Sampai bila? Aku terfikir hanya satu yang sentiasa ada untuk aku. Aku bangkit kepada-Nya.

            Sakit aku. Jatuh aku. Sedih aku. Kecewa aku. Bertapa hancurnya hati aku. Antara aku dan maha pencipta. Kerana aku terfikir bahawa jika aku menceritakan kepada seseorang bisakah dia memahami aku? Bisakah dia untuk menghilangkan sedihku? Bisakah dia? dan kepada pencipta aku bercerita.

             Saat aku kembali aku berterima kasih kepada Allah, kerana membuka mataku untuk terus memandang ke hadapan. Melihat dunia yang lebih indah penuh fatamorgana. Aku mulai sedar bahawa jika aku melakukan sesuatu yang membuat aku menyesal pasti dunia ini tidak dapat aku lihat lagi keindahannya.

            Bangun lah jika tiada siapa ingin hulurkan bantuan. Saat kau fikir tiada siapa untuk kau masih ada satu yang setia bersama kau. Allah.