//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to Lalalalaland . Be nice here or i kill you ! :D


Mood : In Love With Food
Ask me babe :D

 Panda
Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Me xxx
Others:   



Bangkit

               Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa kalau jawab salam tandanya sayang. Eh? hahahahaha. Kita ni manusia. Manusia ni kita. Kita dan manusia. Tak boleh lari lagi daripada definisi sebegitu. Hidup kita umpama roda. Harini kita di atas, esok belum tentu lagi kita masih diatas. Eh jangan tunggu esok. Pagi di atas, petang tu haa tengok dibawah.

                Pernah satu masa aku jatuh. Jatuh sejatuhnya. Sehingga aku rasa tidak mampu bangun kembali. Depression? Aku juga mengalaminya. Tahap yang masih boleh dikawal. Pada masa itu, aku ingin tunggu tangan siapa yang akan hulur jika aku jatuh. Tangan siapa yang akan bantu saat aku mulai jatuh. Namun, sampai bila kita hanya mampu berharap bahawa akan ada tangan yang akan dihulurkan kepada kita. Sampai bila? Aku terfikir hanya satu yang sentiasa ada untuk aku. Aku bangkit kepada-Nya.

            Sakit aku. Jatuh aku. Sedih aku. Kecewa aku. Bertapa hancurnya hati aku. Antara aku dan maha pencipta. Kerana aku terfikir bahawa jika aku menceritakan kepada seseorang bisakah dia memahami aku? Bisakah dia untuk menghilangkan sedihku? Bisakah dia? dan kepada pencipta aku bercerita.

             Saat aku kembali aku berterima kasih kepada Allah, kerana membuka mataku untuk terus memandang ke hadapan. Melihat dunia yang lebih indah penuh fatamorgana. Aku mulai sedar bahawa jika aku melakukan sesuatu yang membuat aku menyesal pasti dunia ini tidak dapat aku lihat lagi keindahannya.

            Bangun lah jika tiada siapa ingin hulurkan bantuan. Saat kau fikir tiada siapa untuk kau masih ada satu yang setia bersama kau. Allah.
             

Life ....

Bismillah. Assalamualaikum 
"Susahnya hidup ni, tak larat lah nak tanggung" Bila kau kata macam tu, ada kau fikir betul ke kau seorang je ada masalah, kau seorang je ada problem besar, pernah tak kau terfikir yang selain kau ada lagi orang yang lebih besar masalahnya daripada kau. Ada kau fikir? Ada? Setiap orang ada masalah tersendiri maybe boleh lagi besar daripada masalah kau. Setiap manusia pasti Allah uji hambanya cuma sama ada dugaannya besar ataupun kecil sebab rancangan Allah semuanya rahsia.
Tipu lah kata bila aku kata aku tak ada problem pun. Tipu lah bila aku kata aku tak pernah kata macam tu. Ya dulu aku pernah kata macam tu sehingga kan aku pernah rasa putus asa dengan hidup. Rasa malas nak teruskan hidup. Sampai aku pernah rasa down tahap kritikal amboi hang haha Well hihi iman senipis bawang gitu. Tapi Allah itu baik. Lepas aku rasa diri tak punya sesiapa Allah sedarkan aku yang aku masih mempunyai keluarga, kawan kawan, lagi lagi lagi, orang yang aku sayang and paling penting aku ada Allah.
Sometime bila kau rasa nak menangis kau lepaskan saja sebab selepas menangis kau akan rasa perasaan yang lain iaitu kuat ya kuat. Lebih kuat untuk menghadapi kehidupan yang mendatang. Jangan lah bila kita ditimpa masalah kita terus putus asa. Weh jangan gituuuuu. Orang kata apa haa akan datang pelangi selepas turunnya hujan. Pernah dengar orang kata good thing take time . Allah uji kau sebab dia rindukan rintihan kau dia nak kau mengadu kat dia. Dia sayangkan kau sebab tu dia uji. Kau tak rasa happy ke sebab Allah sayangkan kau. Gila kauuuuu mesti seronok kan haa tau pun so bila ada masalah jangan lah cepat melatah. Apa yang jadi semua ada hikmah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.
Bila kau rasa kau dah tak mampu dengan masalah kau, kau berdoa lah kepada Allah.
Kalau kau rasa hati kau tak tenang, sedih kau cari lah Allah. Allah sentiasa dengan kau everytime anywhere when you need. Kau luah segalanya dekat Allah lepas tu percaya cakap aku kau akan rasa setenang tenang yang tak pernah kau rasa hihi
Pernah tak dengar lagu ni
"Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi"

Kau dengar lagu tu kau fahami kau faham kan maksud dan kau akan rasa something yang deep deep deep and deep. Cari lah ya kihkih. 
Apabila diuji, jangan katakan
“Ya Allah ujianmu sangat besar”

Tetapi katakana lah “Wahai ujian
Aku ada Allah yang Maha Besar”

All is well J
Chill yow nikmati hidup kau jangan sesedih sangat nak feeling sikit sikit boleh ah hihi
ah sibuk ah mung ain hahahah

Apa aku cerita just daripada pengalaman je. Nak kata dah besar takpun baru nak SPM hujung tahun 2014 kihkih lek ah jangan nak memarah cepat tua kang haa acane nak kahwin xD


: Last update for 2014. 1 je tahun ni dah cukup tak payah nak bebanyak dah diam eh hahahaha tahun depan   i sambung balik sebab tak ada masa nak mengupdate blog ewah kau hahahaha kisah pe

: Lagi satu aku rasakan kalau lah aku buat karangan aku macam ni perghhhh konpom A+++++++++
 em em kalau k kalau

Ye nak habis dah lah ni hihi
jappppp
bebudak SPM selamat maju jaya dan do your bestt
Good luck !
okay adios amigos 
*lambai tangan*